Banjir Baling | Laporan terperinci dibentang di Parlimen 4 Ogos depan

2022-09-21 0

Hasil kajian berhubung kes banjir di Baling Kedah kini di peringkat akhir sebelum laporan terperinci dibentang di Parlimen 4 Ogos depan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kajian berkenaan diketuai oleh kementeriannya serta turut melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air dan pihak kerajaan negeri.